ROZIEANA AHMAD
ROZIEANA AHMAD 

Datuk Seri Azlan Man (Barisan Nasional-BN-Bintong) berkata, apa yang dilakukan adalah dengan memberi peruntukan secara berkumpul berjumlah RM1.06 juta yang diletakkan di bawah pejabat Menteri Besar.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata, pengagihan peruntukan itu disalurkan secara adil tanpa mengira sama ada kawasan berkenaan dimenangi oleh Pakatan Harapan atau pun BN.

“Untuk makluman, peruntukan pembangunan selepas PRU-14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) telah berkurangan dengan begitu banyak,” katanya.

Beliau menjawab soalan daripada Nor Azam Karap (PKR-Kuala Perlis) yang bertanyakan berapakah peruntukan pembangunan yang akan diberikan kerajaan negeri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi 2019 ketika sesi soal jawab semasa sidang DUN di sini, hari ini.

Dalam pada itu, semasa sesi yang sama, Rozieana Ahmad (BN-Pauh) memaklumkan seramai lapan murid sekolah rendah dan 64 pelajar sekolah menengah yang tercicir dalam sistem pendidikan telah kembali ke alam persekolahan.

Katanya yang juga memegang portfolio pendidikan negeri berkata, kejayaan itu adalah hasil daripada Program Sifar Murid Cicir dengan Perlis menjadi negeri perintisnya, sejak Ogos lalu.

Beliau menjawab soalan Gan Ay Ling (PKR-Indera Kayangan) yang bertanyakan langkah diambil kerajaan negeri bagi menangani kes ponteng sekolah yang meningkat saban tahun. - UTUSAN ONLINE