WAN AZIZAH
WAN AZIZAH 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, jurang tersebut dilihat semakin melebar di negara ini.

“Kita hendak melakukan pengagihan kekayaan itu sebagai satu perkara asas kepada kerajaan Pakatan Harapan. Apabila ada pihak yang memperoleh pendapatan lebih manakala ada yang mendapat kurang, ini tidak baik dan tidak stabil untuk negara.

“Kena tanya Menteri Kewanganlah,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Semalam, Laporan Keadaan Isi Rumah 2018 bertajuk Realiti Berbeza yang disediakan oleh Institut Penyelidikan Khazanah menonjolkan perbezaan antara pendapatan isi rumah dari segi lokasi geografi, perbelanjaan dan ketidaksamaan.

Berdasarkan agihan pendapatan isi rumah pada 2016, isi rumah M40 ditakrifkan sebagai golongan yang berpendapatan antara RM4,360 dan RM9,619. - UTUSAN ONLINE