HAMIM SAMURI

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir. Dr. Hamim Samuri berkata, jumlah itu membuktikan dakwaan beberapa pihak kononnya keluasan tanah berkenaan merosot akibat pemba­talan status tanah dan tidak diganti semula, adalah tidak benar.

“Jumlah tanah rizab Melayu di Semenanjung dianggarkan seluas empat juta hektar sehingga Oktober tahun lalu, namun maklumat terperinci bagi keluasan tanah rizab Melayu di negeri-negeri lebih sesuai dibangkitkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Ta­nah Merah) mengenai jumlah ta­nah rizab Melayu yang masih tinggal ketika sesi soal jawab dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Ikmal Hisham Abdul Aziz
Ikmal Hisham Abdul Aziz

Menjawab soalan tambahan Ikmal Hisham yang bertanyakan usaha kerajaan membantu membangunkan tanah rizab Melayu, Hamim berkata kerajaan sentiasa berusaha ke arah itu.

Namun, katanya ia bergantung kepada potensi dan keadaan sesuatu tanah rizab seperti keluasan, kedudukan selain sama ada terdapat tuntutan bertindih ke atas tanah itu.

“Bantuan yang kerajaan sediakan sentiasa terbuka, contoh yang paling hampir adalah tanah di lot-lot yang sangat kompleks seperti di Kampung Baru. Kalau tanah-tanah kecil, tengok jenis pembangunan yang boleh dibangunkan,” katanya.