Perkataan itu dikeluarkan oleh Tajuddin sewaktu mencelah penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 peringkat dasar bagi Kementerian Luar dalam sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Ini kerana sesi penggulungan Saifuddin mengenai Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pembangkang terutamanya Tajuddin.

Selain daripada perkataan Islam liberal, ahli-ahli Parlimen kerajaan turut meminta Tajuddin menarik balik perkataan 'sell your own people' (jual orang kamu sendiri) yang ditujukan kepada Saifuddin.

Bagaimanapun, Wong Shu Qi (DAP-Kluang) bangkit dan membaca Peraturan Mesyuarat 36 (6) iaitu seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat terhadap ahli lain.

Malah, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon turut meminta Tajuddin menarik balik perkataan berkenaan, namun enggan dipatuhinya.

“Saya sudah tiga penggal dalam Dewan Rakyat, sejak bila saya kena tarik perkataan jahat ni?” soal Tajuddin. - UTUSAN ONLINE