Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, daripasa jumlah itu, 73 merupakan pusat tahfiz yang berdaftar dengan majlis agama atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) manakala tujuh lagi tidak berdaftar dengan mana-mana pihak.

Noh memberitahu, angka tersebut diperolehi hasil pemeriksaan jabatan itu terhadap semua pusat tahfiz di seluruh negara sama ada berdaftar dengan majlis agama, Jakim atau tidak berdaftar dari 26 September hingga 17 Oktober lalu.

Jelas beliau, daripada 1,238 pusat tahfiz itu juga, sebanyak 252 telah dikenal pasti tidak mematuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan.

“Daripada jumlah itu, 169 pusat tahfiz adalah berdaftar dengan majlis agama atau Jakim manakala 83 lagi tidak berdaftar dengan mana-mana pihak.

“Berikutan itu, sebanyak 367 notis bahaya kebakaran telah dikeluarkan kepada 83 pusat tahfiz. Tempoh antara 90 ke 180 hari telah diberikan kepada pusat tahfiz terlibat untuk mematuhi piawaian ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Hee Loy Sian (PKR - Petaling Jaya Selatan) mengenai usaha kerajaan memastikan keselamatan bangunan pusat tahfiz selepas insiden kebakaran di ibu negara baru-baru ini dalam sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat hari ini. - UTUSAN ONLINE