Seksyen 22 (3a) akta berkenaan menyebut hibah tidak boleh diberikan apabila nilai aset lebih rendah daripada liabiliti, dan TH perlu menerbitkan keuntungan dalam tahun tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof mendakwa perkara tersebut adalah suatu kesalahan dan tindakan akan diambil kepada barisan kepemimpinan TH terdahulu.

“Laporan kewangan TH berakhir 31 Disember 2017 hasil audit firma bebas PWC menunjukkan aset TH adalah RM70.3 bilion, manakala liabiliti RM74.4 bilion maka wujud defisit RM4.1 bilion.

“Walaupun mencatatkan desifit tetapi mereka masih keluarkan hibah, pemberian adalah bercanggahan dengan Akta Tabung Haji,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini. - UTUSAN ONLINE