Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

SUV Boyue tarik minat terhadap Proton

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Ken­deraan utiliti sukan (SUV) buatan Zhejiang Geely Holding Group (Geely), Boyue yang akan memasuki pasaran Malaysia menerusi pakatan strategik dengan Proton Holdings Bhd. (Proton) bakal merangsang minat orang ramai terhadap jenama Proton.

Chua Tee Yong

Timbalan Menteri Perdaga­ngan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong berkata, kenderaan SUV tersebut akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai apabila diperkenalkan memandangkan reka bentuknya yang menarik.

“Melalui kerja­sa­ma an­tara Geely dan Proton, banyak produk-pro­duk kenderaan ba­­haru yang bakal di­per­kenalkan dalam pasaran negara ini.

“Contoh terbaik ialah kenderaan SUV Boyue yang mendapat perhatian ramai apabila diperkenalkan dan kerjasama ini memberikan pembaharuan dari segi pengeluaran kenderaan Proton,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Abdullah Mat Yasim dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Menurut Tee Yong, kerjasama strategik an­tara Proton dan Geely membuktikan para pe­labur masih yakin de­ngan perkembangan ekonomi di negara ini.

“Selain itu, melalui produk baharu seperti kenderaan SUV, Proton dapat meluaskan pasaran sedia ada dan menjadikan Proton sebagai pusat pengeluaran kenderaan bagi pemanduan di sebelah kanan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain