Baginda tiba di masjid berkenaaan kira-kira pukul 8 pagi ini sambil diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin serta Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah. 

Turut hadir mengiringi baginda ialah Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Amin Ahmad Ahya, Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid, barisan Exco kerajaan negeri serta para pegawai tinggi kerajaan.

Sebaik sahaja menunaikan solat Aidiladha, baginda dan Raja Muda Selangor berkenaan menyerahkan lembu korban untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan selaras dengan tuntutan dalam Islam sebagai satu ibadah. 

Terdahulu, Mohd. Tamyes membacakan khutbah bertajuk 'Hakikat Sebuah Pengorbanan' menyeru umat Islam supaya menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim  dan anaknya Nabi Ismail dalam mematuhi perintah Allah SWT. 

"Kita perlu memahami hakikat bahawa tiada pengorbanan yang lebih suci daripada pengorbanan untuk tunduk dan mendapat keredhaan daripada Allah SWT," ujarnya. - UTUSAN ONLINE.