Ahmad Shabery

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, standard itu penting bagi membolehkan pengeksportan sarang burung walet dapat dilakukan secara terus ke China.

“Standard khas itu mampu mengelakkan produk itu ditolak pasaran China berikutan terdapat kandungan yang tidak selamat untuk manusia seper­ti yang berlaku empat tahun lepas.

“Oleh itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan produk sarang burung walet memenuhi 35 syarat yang ditetapkan China sebelum produk itu dihantar ke sana,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) berkenaan langkah kerajaan untuk memastikan eksport sarang burung walet ke China selamat di Dewan Rak­yat hari ini.

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata, pengusaha sarang burung walet juga tidak digalakkan mempro­ses sendiri komoditi itu kerana kerja-kerja pembersihannya rumit serta syarat ketat yang dikenakan China.

“Setakat ini, memproses sendiri komo­diti itu adalah sesuatu yang tidak digalakkan kerana ia satu kerja yang rumit dan memerlukan tempat khas seperti kilang-kilang yang diiktiraf di negara mereka,” katanya.