LEE LAM THYE
LEE LAM THYE

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, Ketua Pesuruhjaya SPRM kali ini lebih agresif dan lantang dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang selain aktif turun ke padang untuk tujuan itu.

“Dzulkifli melakukan pende­katan dengan cara efektif apabila melakukan program antira­suah selain turun padang bersama masyarakat sama ada di kawa­san bandar ataupun di pedalaman.

“Selain itu, kewujudan gerakan Pe­juang Revolusi Ge­rakan Antirasuah (Ge­rah) yang diilham­kan Dzulkifli juga merupakan satu pendekatan bagus untuk membasmi rasuah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Khairil Azmin Mokhtar berkata, pendedahan SPRM mengenai kes rasuah berprofil tinggi pada tahun ini menunjukkan semua individu di segenap peringkat tidak akan terlepas dengan undang-undang.

Katanya, penaha­nan individu berpe­ngaruh dan berprofil tinggi yang dilakukan SPRM adalah selari dengan asas perlembagaan iaitu mendaulatkan undang-undang.

“Penguatkuasaan ini dilakukan secara menyeluruh dan kita boleh melihat banyak kes rasuah melibatkan individu berprofil tinggi ditahan atas kesalahan tersebut.