Menterinya, Lim Guan Eng berkata, selepas ia dimuktamadkan, skim itu akan menawarkan platform yang terbuka kepada semua.

Katanya, pihak yang terlibat dalam platform terbuka itu termasuk pemaju dan institusi kewangan.

“Apabila pemaju melibatkan diri, mereka akan menjual dengan lebih murah supaya projek-projek ini boleh berjalan.

“Marilah kita tunggu butiran lanjut apabila ia diumumkan dan kita tunggu daripada SC supaya boleh ada transaksi dan perdagangan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab celahan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) sewaktu menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 peringkat dasar bagi kementeriannya dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Khairy mempersoalkan status skim FundMyHome tersebut yang dikatakan belum mempunyai kerangka yang diluluskan di peringkat SC. - UTUSAN ONLINE