YEO BEE YIN
YEO BEE YIN 

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, usaha itu merupakan antara komitmen bagi memastikan Malaysia tidak menjadi tong sampah sisa plastik yang diimport.

Kata beliau, berdasarkan laporan media, sisa plastik yang diimport dirujuk sebagai kod 3915 bagaimanapun terdapat sisa plastik yang berbeza-beza.

“Misalnya, ada sisa plastik yang homogenius, sebati dan bersih, ia sesuai untuk dikitar semula, namun ada juga yang tidak boleh dikitar semula seperti sisa plastik campuran yang biasanya digunakan oleh kilang haram,” katanya ketika sesi pertanyaan menteri (MQT) dalam sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Siti Zailah Mohd Yusoff (Pas-Rantau Panjang) yang meminta kerajaan menyatakan sama ada mahu mengharamkan sepenuhnya semua pengimportan sisa pepejal. - UTUSAN ONLINE