Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat keputusan itu pada pukul 12 tengah hari.

“Keputusan saya yang ketika adalah tangguhkan dewan buat sementara waktu, selepas itu apabila saya balik arahan untuk menggantung Yang Berhormat Gelang Patah (Lim Kit Siang) keluar diteruskan.

“Saya akan kerahkan polis untuk masuk dalam sini, sesiapa ahli-ahli Yang Berhormat yang enggan juga, semua akan dihantar keluar, selepas itu persidangan saya teruskan,” katanya.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said membangkitkan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 14(3) bagi menggantung Kit Siang (DAP-Gelang Patah) daripada perkhidmatan sebagai Ahli Parlimen.

Azalina membentangkan usul itu berikutan sikap Kit Siang yang berdegil enggan mematuhi arahan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Selain Kit Siang, antara wakil-wakil pembangkang yang menimbulkan kekecohan ialah Mohamed Hanipa Maidin (PAN-Sepang), G. Manivannan (PKR-Kapar) dan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai). – UTUSAN ONLINE