Sidang tersebut yang dijalankan serentak bersama sidang Dewan Rakyat merupakan sidang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diadakan.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S.A. Vigneswaran dalam ucapan penangguhannya berkata, beliau berasa amat bersyukur kerana usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dapat dibahaskan serta dan lapan rang undang-undang diluluskan walaupun sidang berlangsung dalam masa yang agak singkat.

“Ahli-ahli Yang Berhormat, kita berada di ambang PRU-14 yang mana kematangan sistem demokrasi teruji semula di negara kita.

“Pilihan raya membawa makna yang istimewa kepada kita di Parlimen kerana merupakan tonggak utama pemerintahan berdemokrasi,” katanya.