Malah, beliau yang juga Setiausaha Agung DAP bertegas menyatakan wang itu sepatutnya dikembalikan kepada rakyat atau dalam erti kata yang lebih mudah adalah refund GST.

Hari ini Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin membangkitkan persoalan di Dewan Rakyat

KHAIRY JAMALUDDIN
KHAIRY JAMALUDDIN 

mengenai isu tersebut. Khairy mengetengahkan jawapan rasmi Guan Eng seperti yang tercatat di dalam hansard Parlimen iaitu wang RM19 bilion ini adalah hingga 13 Mei 2018 dan tiada kaitan dengan pemansuhan GST yang bermula pada 1 Jun lalu.

Dalam konteks ini, Khairy menghuraikan hujah mengikut fakta yang dipetiknya daripada Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2 yang dikeluarkan 3 Disember lalu.

Antaranya, Ketua Audit Negara mengesahkan laporan itu adalah berdasarkan laporan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bertarikh 5 Jun 2018 dan berbeza dengan kenyataan Guan Eng bahawa jumlah RM19 bilion adalah amaun sudah disahkan hingga 13 Mei 2018.

Selain itu, hujah lain yang dibuat berdasarkan laporan tersebut dengan Ketua Audit Negara mengesahkan hanya RM1.45 bilion sahaja sah untuk dibuat bayaran, manakala RM9.65 bi­lion masih lagi dalam semakan pihak JKDM.

Malah, sejumlah RM8.37 bi­lion sama ada tiada pembekalan bercukai, mempunyai isu pelepasan ataupun masih lagi dalam siasatan. Jadi bagaimana Guan Eng boleh membuat tuduhan sewenang-wenangnya dengan tuduhan dan gambaran negatif kepada kerajaan terdahulu?

“Bagaimanakah Guan Eng bo­leh membuat tuduhan sewenang-wenangnya sehingga memberi gambaran negatif kepada kerajaan terdahulu?,” soal Khairy.

Menerusi pemansuhan GST, kerajaan mempunyai masa hingga enam tahun untuk membuat bayaran balik tuntutan ini. Tetapi pada tahun hadapan kerajaan akan mengambil dividen Petronas dengan jumlah yang sangat tinggi iaitu RM30 bilion bagi menyelesaikannya.

Kini persoalan demi persoalan timbul. Antaranya bilakah kesemua tuntutan yang masih lagi dalam proses semakan atau mempunyai masalah-masalah lain akan diselesaikan dan apakah jaminan bahawa kesemuanya akan diselesaikan pada tahun hadapan?

Jadi siapa yang berbohong sebenarnya?