CHARLES SANTIAGO

Kali ini, ia disuarakan oleh Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dalam sidang akhbar di bilik media bangunan Parlimen hari ini.

Tindakan Charles itu seolah-olah menunjukkan sikap tidak sensitif terhadap penderitaan yang terpaksa dialami oleh rak­yat Selangor akibat masalah gangguan bekalan air minggu lalu.

“Selangor tidak ber­depan masalah air. Sebaliknya, ke­rajaan Persekutuan yang mempunyai ma­salah kewangan,” katanya.

Pemimpin DAP itu juga cuba menutup kelemahan kerajaan PKR Selangor dengan mendakwa krisis air baru-baru ini berpunca daripada masalah penyelenggaraan di Loji Rawatan Air Su­ngai Selangor Fasa 3 (SSP3) yang dimiliki Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (Splash).

Mungkin beliau terlupa bahawa salah satu punca utama masalah air di Sela­ngor adalah kerenah yang ditimbulkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sehingga menyebabkan proses penstrukturan air di negeri berkenaan tertangguh sehingga kini.