"Pada kesempatan ini juga, izinkan saya mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan bola sepak kebangsaan untuk pertemuan akhir pertama menentang Vietnam dalam Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Bukit Jalil," katanya sebelum menangguhkan sidang Dewan Rakyat, sebentar tadi.

aff penyokong
Gelagat para penyokong Harimau Malaya bersemangat ketika hadir pada perlawanan akhir Malaysia menentang Vietnam Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Bukti Jalil hari ini. - UTUSAN ONLINE/FAISOL MUSTAFA

Mohamad Ariff berkata, semua di Parlimen memberi sokongan tanpa berbelah-bahagi kepada pasukan Malaysia dalam misi merangkul kejuaraan kedua pertandingan tersebut.

"Ada sedikit pantun, dulu turun sekarang naik, dulu kosong sekarang penuh, Harimau Malaya tetap terbaik, sokongan kami dari Parlimen tetap utuh.

"Jadi kepada Harimau Malaya selamat berjuang, selamanya Harimau Malaya," katanya.

Beliau juga melahirkan rasa gembira apabila Sidang Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Parlimen Ke-14 di bawah kerajaan baharu berjalan lancar sejak 15 Oktober lalu.-UTUSAN ONLINE