S.K. Devamany
S.K. DEVAMANY

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri S. K. Devamany berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM50 juta peruntukan disalurkan kepada 113,116 masyarakat India tahun lalu.

Menurut beliau, SEDIC yang bertujuan memberi latihan kemahiran, keusahawanan, peningkatan pencapaian pendidikan dan sahsiah diri masyarakat India telah membantu kumpulan sasar meningkatkan taraf hidup melalui penempatan pekerjaan selepas tamat latihan atau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

“SEDIC tidak menyalurkan sebarang peruntukan secara terus dalam bentuk tunai kepada mana-mana individu atau organisasi, sebaliknya pelbagai pihak berkepentingan kaum India merentasi perbezaan ideologi politik menerima manfaat daripada program dijalankan oleh unit berkenaan.

“SEDIC juga tidak memberi perhatian kepada penglibatan politik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pemegang jawatan utama NGO ketika menilai bagi memastikan kesemua cadangan program program dinilai secara adil dan saksama,” katanya menjawab soalan Senator Datuk T. Mohan dalam sesi soal jawab sidang Dewan Negara hari ini.

Mohan meminta kerajaan menyatakan jumlah peruntukan yang telah disampaikan kepada SEDIC sehingga kini. – UTUSAN ONLINE