Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sebat mandatori kepada pesalah jenayah seksual

Gambar hiasan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR 5 April - Hukuman sebat mandatori akan dikuatkuasakan kepada pesalah jenayah seksual apabila Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2017 diluluskan Dewan Rakyat hari ini.

Rang undang-undang tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.

Razali ketika menggulung rang undang-undang itu berkata, pelaksanaan hukuman tersebut menunjukkan keseriusan kerajaan menangani kesalahan jenayah seksual dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata, kerajaan akan menjadikan hukuman sebat sebagai hukuman mandatori bagi kesalahan seksual di bawah Seksyen 376 (hukuman rogol), 376B (hukuman sumbang mahram), 377B (hukuman melakukan persetubuhan seksual bertentangan dengan aturan tabii), 377C (hukuman melakukan persetubuhan seksual yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa rela) dan 377E (kesalahan merangsang kanak-kanak).

“Usaha kerajaan untuk mencegah jenayah seksual bukan sahaja melibatkan mangsa kanak-kanak, malah turut merangkumi kesalahan seksual terhadap masyarakat secara umum,” katanya.

Mengulas lanjut, Razali berkata, menerusi pindaan tersebut, seseorang yang menyebabkan kecederaan terhadap bekas suami atau isteri, kanak-kanak atau anggota lain keluarga yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara mandatori.

Tambah beliau, rang undang-undang itu akan memperluaskan seksyen 326A Kanun Keseksaan kepada kesalahan yang dilakukan terhadap bekas suami atau isteri, kanak-kanak atau ahli keluarga lain yang tidak terhad bagi mereka masih dalam perkahwinan sahaja.-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain