Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, ketika ini, 29 atlet kebangsaan yang diserapkan dalam program itu berada pada kedudukan enam teratas dunia dalam lapan sukan berbeza.

Katanya, jumlah sedia ada itu sendiri telah melepasi sasaran awal ditetapkan program ber­kenaan iaitu 10 atlet.

“Kesemua atlet yang tersenarai dalam kelompok enam teratas itu adalah daripada sukan skuasy, basikal, terjun, karate, sepak takraw, silat olahraga, olahraga para dan badminton para.

“Saya mengucapkan tahniah atas usaha Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Negara (MSN) bagi memastikan kejayaan ini. Kementerian mencadangkan peruntukan bagi kedua-duanya ditambah. Keputusan diketahui Jumaat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Anuar Abd. Manap (BN-Seki­jang) mengenai jumlah atlet elit yang berjaya mencapai sasaran ditetapkan menerusi Program Podium semasa sesi soal jawab dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Untuk rekod, antara atlet negara sedia ada yang bertaraf dunia ialah Datuk Nicol David (skuasy), Azizulhasni Awang (basikal trek) serta dua penerjun Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong.