Pindaan akta-akta berkenaan telah dicadangkan bagi membolehkan langkah pencukaian dalam Bajet 2018 dilaksanakan termasuk pengurangan kadar cukai pendapatan individu serta penambahbaikan pentadbiran cukai.

Kelulusan tersebut diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kira-kira pukul 12.15 tengah hari tadi selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz.

Rang Undang-undang itu diluluskan secara sebulat suara oleh ahli-ahli Parlimen. - UTUSAN ONLINE