Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

RUU Perbekalan Tambahan lulus peringkat dasar

KUALA LUMPUR 27 Mac - Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2016) 2017 yang berjumlah RM3.08 bilion di peringkat dasar.

Johari Abdul Ghani
Johari Abdul Ghani

Rang undang-undang tersebut seterusnya akan dibahaskan di peringkat jawatankuasa selepas ini.

Sebahagian besar perbelanjaan tambahan iaitu meliputi RM2.25 bilion yang diperuntukkan kepada Kumpulan Wang Terkanun.

Peruntukan itu juga melibatkan Kementerian Pendidikan (RM298 juta), Kementerian Pengangkutan (RM215 juta) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (RM128 juta).

Peruntukan tersebut turut membabitkan Kementerian Kesihatan (RM104 juta) serta Kementerian Luar Negeri (RM24 juta) selain melibatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan perbelanjaan sebanyak RM62.8 juta.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani ketika menggulung rang undang-undang itu menjelaskan bahawa peruntukan tambahan untuk SPR tidak digunakan untuk proses persempadanan semula.

Sebaliknya, kata Johari, peruntukan tambahan itu digunakan sepenuhnya untuk tiga proses pilihan raya.

“Peruntukan itu melibatkan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sebanyak RM60 juta, Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar (RM1.28 juta) dan Pilihan Raya Kecil Sungai Besar (RM1.49 juta),” kata beliau.

Mengulas lanjut, Johari menjelaskan kerajaan tidak bercadang meminda peraturan atau akta-akta yang memperuntukkan kerajaan boleh memohon perbekalan tambahan daripada Parlimen bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

“Kerajaan rasakan Simpanan Luar Jangka ini perlu ada. Kalau ada kes-kes kecemasan tidak perlu panggil persidangan bajet dalam Parlimen, kita boleh pakai kontigensi ini dan kemudian laporkan kepada Parlimen,” jelas beliau. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain