MUJAHID YUSOF RAWA

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, rang undang-undang tersebut bertujuan melindungi semua agama termasuk Islam daripada dicaci dan dimaki.

“Rang undang-undang ini bertujuan melindungi bukan sahaja Islam tetapi agama lain juga yang dihina boleh diambil tindakan.

ISMAIL MOHAMED SAID
ISMAIL MOHAMED SAID

“Ini bagi menjamin kuasa yang ada dalam negara ini yang melibatkan kepelbagaian kaum dan agama perlu diberi perlindungan agar mana-mana agama sekali pun dilarang dicaci dan dimaki,” katanya dalam sesi waktu pertanyaan menteri sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang ingin mengetahui sejauh mana kerajaan Pakatan Harapan bersedia untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang menghina agama.

Dalam perkembangan berkait­an, Mujahid memberitahu, pi­haknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung penghinaan terhadap Islam daripada polis.