Rang undang-undang itu dibentangkan dan dibacakan buat kali ketiga oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Guan Eng ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu berkata, kerajaan Pakatan Harapan tidak memberi jaminan bahawa harga barang dan perkhidmatan akan meningkat selepas pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Bagaimanapun, katanya, kerajaan akan memastikan impak akibat harga barang dan perkhidmatan di bawah SST adalah separuh daripada impak pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST). - UTUSAN ONLINE