Katanya, Jawatankuasa Khas Mengkaji Undang-undang Ke­selamatan yang ditubuhkan Julai lepas telah selesai mengkaji enam akta serta satu hukuman terlibat dan laporannya  sedang diteliti oleh sebuah Jawatankuasa Teknikal di Jabatan Peguam Negara.

MUHYIDDIN YASSIN
MUHYIDDIN YASSIN 

Beliau berkata, ak­ta-akta dan hukuman yang terlibat dalam kajian tersebut ialah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA), Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Akta Hasutan 1948, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Perhimpunan Aman 2012 dan hukuman gantung mandatori dalam semua akta.

“Antara isu yang dibincangkan ialah penahanan tanpa bicara di bawah POCA dan POTA dan tempoh  reman yang panjang iaitu 60 hari di bawah POCA dan POTA serta 28 hari di bawah SOSMA. 

“Kementerian Dalam Negeri akan mendapatkan keputusan Jemaah Menteri mengenai pindaan atau pemansuhan undang-undang berkenaan, dan Jabatan Peguam Negara akan menyediakan rang undang-undang ber­kaitan selepas ia dipersetujukan Kabinet,” kata Muhyiddin semasa ditemui di lobi Parlimen hari ini. – BERNAMA