Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. D. Jeyakumar berkata, langkah itu juga berpotensi mencetuskan kekeliruan dalam kala­ngan masyarakat di negara ini.

“Cara terbaik untuk mengendalikan keraguan antaranya me­ngenai hak masyarakat bukan Islam dan kuasa Mahkamah Syariah terhadap rang undang-undang itu adalah menerusi perbincangan.

“Malah, Parti Sosialis Malaysia (PSM) juga berpendapat keputusan untuk memaksa pe­ngundian terhadap usul ini didorong oleh kepentingan politik pihak tertentu,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad pula mendakwa pihaknya percaya wujud kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pas susulan tindakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahidi Hamidi yang memberi penjelasan mengenai rang undang-undang persendirian itu.