Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil yang mewakili ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang berkata, satu usul segera di bawah Peraturan Mesyuarat Perkara 18 (1) telah dihantar ke Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof pada tengah hari tadi.

Beliau berkata, Mohamad Ariff memaklumkan akan mempertimbangkan perkara itu untuk dibahaskan pada Khamis.

"Kami ahli-ahli Parlimen daripada kedua-dua belah pihak pada petang ini telah berkumpul dan telah memasukkan satu usul segera untuk membahaskan perkara yang dianggap berkepentingan awam.

"Usul ini telah diterima oleh Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat. Beliau telah memaklumkan akan dipertimbangkan untuk dibahas pada Khamis ini," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE