Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

RM68.53 juta kos tambahan Hospital Shah Alam

KUALA LUMPUR 19 April – Kementerian Kewangan terpaksa mengeluarkan kos tambahan berjumlah RM68.53 juta berikutan kelemahan Pengurusan Projek Pembinaan Hospital Shah Alam, Selangor.

Jumlah itu didedahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen, Datuk Seri Hasan Arifin selepas pihaknya memanggil dua kali prosiding membabitkan pembinaan hospital termasuk Pengurusan Projek Pembinaan Hospital Shah Alam pada 1 April lalu.

Tegas beliau, Kementerian Kesihatan perlu memastikan Projek Pembinaan Hospital Shah Alam, Selangor siap mengikut jadual kerana ia boleh mengganggu kerajaan untuk memberikan perkhidmatan terbaik.

“PAC Parlimen sentiasa memandang serius berhubung isu-isu yang membabitkan pengurusan projek pembinaan hospital kerana ia telah banyak kali dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun.

“Kita juga sedia maklum, pembinaan hospital membabitkan kerja teknikal dan peralatan perubatan yang canggih serta kepakaran daripada kontraktor yang mahir juga berpengalaman.

“Walau bagaimanapun, projek pembinaan hospital perlu disiapkan mengikut jadual demi kepentingan rakyat bagi mengelakkan pembaziran wang kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan di Parlimen hari ini.

Prosiding PAC Parlimen yang berlangsung hari ini dipengerusikan oleh Naib Pengerusi PAC Parlimen, Dr. Tan Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong daripada parti DAP.

Prosiding itu membabitkan Projek Menaik Taraf Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, Johor.

Hospital Shah Alam mula beroperasi secara rasmi pada 6 Oktober 2015 selepas tertangguh pembinaannya lebih lima tahun lalu ekoran masalah kontraktor.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain