Halimah Sadique

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, kos tersebut merupakan sebahagian daripada peruntukan seba­nyak RM300 juta yang diumumkan dalam Bajet 2017.

Kata beliau, baki RM243.1 juta akan digunakan bagi membiayai projek-projek penyelenggaraan perumahan berstrata kos rendah dan sederhana terutamanya Projek Perumahan Rakyat (PPR).

“Pada tahun lalu, Kerajaan telah menyediakan bajet seba­nyak RM41.2 juta bagi 87 projek yang telah dilaksanakan di seluruh negara,” katanya dalam sesi soal jawab di persidangan Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab so­alan Senator Datuk Jaspal Singh yang meminta kerajaan menyatakan bajet yang diperuntukkan bagi kerja-kerja penyelenggaraan bagi perumahan kos rendah dan statistik projek perumahan kos rendah yang telah diperbaiki sejak 2016.

Mengulas lanjut, Halimah berkata, fokus utama kerajaan pada tahun ini adalah menaik taraf, membaiki dan mengganti lif di perumahan berstrata kos rendah dan sederhana rendah,”

Menurutnya, sehingga kini, sebanyak 67 unit lif telah dikenal pasti untuk dinaik taraf.

“Selain itu, skop kerja lain seperti menaik taraf tangki air, sistem kumbahan, bumbung, mengecat, pendawaian elektrik dan kerosakan umum yang lain masih diteruskan di bawah ke­dua-dua program ini,” katanya.