Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 70 peratus melibatkan urusan perbankan melalui akaun simpanan semasa dan tetap, 18 peratus berkaitan tuntutan insurans serta 12 peratus lagi membabitkan lain-lain akaun termasuk akaun penghutang dan pemiutang perdagangan.

Malah, kata beliau, pihaknya turut menerima sebanyak 52,015 permohonan semakan WTD pada tahun ini, dan daripada jumlah itu, sebanyak 34,353 dari ibu negara.

"Bagi memberi kesedaran mengenai kewujudan wang ini, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah antaranya membuat hebahan menerusi akhbar tempatan, program wawancara di beberapa radio dan televisyen, membuka gerai pameran bagi memberi penerangan dan membolehkan semakan WTD dilakukan, mengadakan aktiviti bersama dengan agensi dan jabatan lain serta memberi taklimat kesedaran WTD secara berkala di Jabatan Akauntan Negara di semua negeri.

"Malah, mulai suku tahun kedua 2018, Electonic Goverment Unclaimed Money Information System (eGUMIS) akan diaktifkan bagi memudahkan rakyat mengakses dan menyemak status WTD," katanya pada sesi soal jawab di sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa) yang meminta Kementerian Kewangan menyatakan jumlah terkini WTD dan apakah langkah yang dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kewujudan wang ini. - UTUSAN ONLINE