Hishammuddin
Hishammuddin

Menteri Pertahanan,  Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, seramai 94,366 warga ATM  telah menerima perkhidmatan kesihatan berkenaan.

Katanya, ATM juga membelanjakan sebanyak RM1.46 juta untuk bantuan peralatan perubatan kepada anggota ATM yang memerlukan.

"Bagi membantu pesakit buah pinggang dalam kalangan anggota dan veteran ATM, pihak ATM telah menyediakan sebanyak 39 unit mesin dialisis di seluruh negara.

"Melalui program Jiwa Murni pula, ATM memberi perkhidmatan kesihatan percuma kepada komuniti luar bandar terutamanya kepada veteran-veteran ATM. Dari Januari hingga November, sebanyak 25 program Jiwa Murni telah dijalankan seluruh negara dan telah memberi manfaat serta kemudahan perubatan kepada 3,600 komuniti luar bandar dan veteran-veteran ATM," katanya sewaktu menjawab pertanyaan lisan Senator Datuk Mustafa Kamal Mohd. Yusoff.

Mustafa Kamal bertanyakan mengenai langkah-langkah untuk membantu anak-anak warga ATM serta kebajikan anggota dan veteran ATM melalui pendekatan kesihatan dan juga pendidikan. -UTUSAN ONLINE