Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

RM456 juta kos operasi cari MH370

KUALA LUMPUR 8 Mac – Anggaran perbelanjaan kerajaan dalam menanggung kos operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 adalah sebanyak RM456 juta.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, operasi pencarian pesawat tersebut dilakukan oleh pasukan operasi melibatkan Malaysia, Australia dan China di kawasan tambahan seluas 120,000 kilometer persegi di Lautan Hindi.

Katanya, operasi berkenaan telah selesai dilaksanakan dan digantung pada 12 Januari lalu, selaras dengan persetujuan yang dicapai pada Mesyuarat Tripartite Peringkat Menteri antara Malaysia, Australia dan China.

“Ketiga-tiga negara bersetuju sekiranya terdapat maklumat atau petunjuk baharu yang sahih dan kukuh, maka operasi penca­rian pesawat tersebut akan dipertimbangkan. Jabatan Penerba­ngan Awam (DCA) akan mengetuai pasukan bertindak bagi memantau secara berterusan bukti-bukti baharu berkaitan MH370,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan daripada William Leong Jee Keen (PKR-Selayang) dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Pada 8 Mac 2014, MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang dari imbasan radar semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Dalam perkembangan yang sama, Tiong Lai memberitahu, kerajaan terpaksa menghentikan pencarian MH370 kerana kajian yang diberikan oleh Australia tidak begitu meyakinkan iaitu hanya 85 peratus kemungkinan, berbanding 99.99 peratus kemungkinan selepas tamat operasi pencarian pertama.

Walau bagaimanapun katanya, kerajaan telah menubuhkan Pasukan Penyiasat Bebas Antarabangsa yang dianggotai oleh Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, China dan dua negara anggota ASEAN iaitu Singapura dan Indonesia bagi menyiasat punca kemalangan MH370.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain