Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz berkata, Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) sebagai pengendali per­khidmatan MRT juga telah memperuntukkan sebanyak RM6.5 juta setahun bagi menguruskan aspek keselamatan sistem perkhidmatan pengangkutan awam itu.

“Selain itu, seramai 91 anggota polis bantuan ditempatkan untuk menjaga keselamatan penumpang dan aset-aset MRT itu yang melibatkan 12 stesen dan satu depoh dengan dilengkapi senjata ringan dan peralatan komunikasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) mengenai anggaran peruntukan tahunan untuk keselamatan MRT dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Othman ber­kata, bagi MRT Sungai Buloh-Kajang Fasa Dua pula yang dijangka beroperasi Julai tahun ini, seramai 126 anggota polis bantuan akan ditambah bagi meningkatkan tahap keselamatan MRT tersebut.

“Selain 217 anggota polis bagi perkhidmatan MRT fasa satu dan dua ini, tahap keselamatan per­khidmatan ini akan disokong de­ngan CCTV yang diletakkan di semua lokasi strategik,” katanya.