Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, fasa pertama projek berkenaan siap sepenuhnya pada tahun lalu yang memberi manfaat kepada tiga sekolah dan 285 rumah.

“Kementerian telah melaksa­na­kan empat projek solar hibrid ke kampung dan sekolah pedalaman negeri itu secara berfasa de­ngan mengambil kira penggunaan bekalan elektrik untuk sekolah, kuarters guru serta bangunan ke­ra­jaan di kawasan tersebut.

“Tiga lagi projek yang dilaksanakan secara berfasa akan siap sepenuhnya selewat-lewatnya pada per­tengahan 2018 yang akan memberi manfaat kepada 13 sekolah dan 800 rumah lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Joseph Salang Anak Gandum (BN-Julau) berhubung kerjasama antara kementerian itu dengan Kementerian Pendidikan dalam membekalkan kemudahan asas kepada kampung dan komuniti berdekatan sekolah daripada sum­ber sama, dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.