Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

RM30,000 untuk Tabung Pahlawan

KHAIRUDIN E.S. ABD. SAMAD (enam dari kanan) menyerahkan replika
KHAIRUDIN E.S. ABD. SAMAD (enam dari kanan) menyerahkan replika cek sumbangan Majlis Senator Malaysia untuk Tabung Pahlawan kepada Mohd. Anwar Mohd. Nor (lima dari kiri) di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/HALIM KHALID

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Prihatin dengan nasib bekas dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Majlis Senator Malaysia (MSM) hari ini menyampaikan sumbangan RM30,000 untuk Tabung Pahlawan di Ba­ngunan Parlimen hari ini.

Presiden MSM, Senator Datuk Seri Khairudin E.S. Abd. Samad berkata, sumbangan tersebut merupakan hasil jualan kad ucapan Hari Raya Aidilfitri oleh MSM tahun ini.

“Sumbangan ini merupakan yang pertama kali kita berikan kepada Tabung Pahlawan.

“Kami berharap sumbangan ini dapat dimanfaatkan untuk membantu anggota veteran ATM yang memerlukan,” katanya pada majlis penyerahan sumbangan itu di Bangunan Parlimen hari ini.

Yang menerima sumbangan tersebut ialah Presiden Persatuan Veteran ATM (PVATM), Senator Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor.

Hadir sama, Senator Tan Sri S. Nallakarupan, Senator Datuk Mohd. Suhaimi Abdullah serta Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin

Dalam pada itu, Mohd. Anwar amat terharu dengan sokong­an yang diberikan oleh MSM kepada anggota veteran ATM menerusi sumbangan kepada Tabung Pahlawan itu.

“Sumbangan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi membantu anggota veteran ATM yang daif dan ditimpa bencana.

“Semoga lebih ramai lagi pihak akan turut sama-sama membantu anggota veteran menerusi sumbangan melalui Tabung Pah­lawan ini,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain