Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat berkata, kutipan tersebut dibuat setelah mengambil kira tuntutan kredit ke atas cukai enam peratus tersebut di peringkat input perniagaan bagi tempoh sembilan bulan tahun lalu.

“GST merupakan hasil Kerajaan Persekutuan dan kesemua kutipan tersebut akan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan bersama hasil-hasil kerajaan Persekutuan yang lain,” kata kementerian tersebut.

Kementerian Kewangan berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Mohamed Hanipa Maidin (PAN-Sepang) mengenai jumlah sebenar keseluruhan kutipan GST yang diperoleh kerajaan.

Mohamed Hanipa turut bertanyakan daripada jumlah kutipan tersebut, berapakah yang telah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan?

Baru-baru ini, Jabatan Kastam Diraja Malaysia yakin mampu mencapai sasaran kutipan cukai sebanyak RM52 bilion tahun ini seperti yang ditetapkan oleh kerajaan dalam Bajet 2016.