Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata, peruntukan itu disediakan melalui Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin.

Bagaimanapun, beliau tidak menghuraikan bentuk bantuan dan tempoh bantuan yang diberikan kepada 1,061,381 pelajar miskin dan miskin tegar itu.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Budiman Mohd. Zohdi (BN-Sungai Besar) di Dewan Rakyat hari ini.

Mengenai perkara lain, Kamalanathan berkata 1,216 buah sekolah di seluruh negara telah melaksanakan Program Dwibahasa (DLP) setakat ini.

Menjawab soalan Datuk Mohd. Idris Jusi (PKR-Batu Pahat), beliau berkata, ia meliputi 587 sekolah rendah dan 629 sekolah menengah dan menambah kata program itu dilaksanakan berdasarkan pilihan ibu bapa dan kesediaan pihak sekolah. - BERNAMA