Ahmad Jazlan Yaakub

Timbalan Menteri Ke­­majuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, bagi tujuan itu, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mengambil beberapa langkah antaranya memastikan penyaluran peruntukan dan bantuan kepada golongan tersebut dipercepatkan (Projek Quick Win).

“Ini bertujuan mengurangkan beban kos pembangunan kebun yang diusahakan serta dapat membantu mengurangkan kos pengeluaran.

“Melatih pekebun kecil menjadi usahawan melalui program pembangunan keusahawanan juga antara inisiatif dilaksa­nakan oleh RISDA,” katanya menjawab soalan Senator Ramli Shariff ketika sesi soal jawab dalam sidang Dewan Negara, hari ini.

Jelas Ahmad Jazlan, langkah-langkah lain yang turut dilakukan RISDA adalah melatih pekebun kecil menjadi usahawan melalui program Tanam Semula Dengan Tanaman Selain Getah (TSGL).

“Usaha lain dilaksanakan termasuk memendekkan rantaian pemasaran getah dan sawit agar pekebun kecil memperoleh harga yang tinggi melalui pembinaan Pusat Timbang dan Stor (PTS) serta depot belian RISDA serta menggalak­kan golongan itu mengamalkan amal­an pertanian baik,” katanya.