Setiausaha BNYS Pulau Pinang, Mathis Sarawanan berkata, Rayer perlu berubah dan perlu bertindak dengan lebih profesional selari dengan jawatannya sebagai ahli Parlimen.

“BNYV Pinang Pinang mendesak agar Rayer bertindak profesional dan tidak lagi mengulangi perangai beliau yang ‘terkinja-kinja’ dalam Dewan Rakyat.

“Kami sebagai gerakan anak muda dari Pulau Pinang berasa malu dengan tindakan beliau yang turut merupakan seorang Ahli Parlimen dari Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, Dewan Rakyat seharusnya menjadi ruang kepada wakil rakyat membincang hal-hal dan dasar berkaitan kepentingan rakyat dan bukannya menjadi platform untuk membuat drama politik yang tidak berkaitan.

“Ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana beliau telah dan masih bertindak sedemikian bermula dari mesyuarat pertama sidang lepas.

“Beliau harus berhenti daripada terus bertindak seperti ini dan menghormati kedudukan Dewan Rakyat,” katanya. - UTUSAN ONLINE