Undian itu dilakukan selepas Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) mencadangkan supaya Dewan Rakyat melakukan undi belah bahagian dengan mendapat sokongan 15 Ahli Parlimen lain.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin mengumumkan keputusan undian kira-kira pukul 7 malam dengan 107 Ahli Parlimen bersetuju manakala 59 lagi tidak.

Menurut Pandikar Amin, 11 lagi tidak mengundi.

“Dengan keputusan itu, rang undang-undang ini diluluskan untuk dibaca kali kedua,” katanya. - UTUSAN ONLINE