Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Rang Undang-Undang Mahkamah (Kaedah-Kaedah Pemulaan Tindakan Sivil) 2016 dibentang

KUALA LUMPUR 30 Mac - Rang Undang-Undang Mahkamah (Kaedah-Kaedah Pemulaan Tindakan Sivil) 2016 dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini untuk bacaan kali kedua.

RAZALI IBRAHIM
RAZALI IBRAHIM

Penggubalan akta itu bertujuan untuk menyeragamkan kaedah-kaedah pemulaan untuk tindakan sivil di mahkamah termasuk bagi kes yang masih berjalan dan belum selesai.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, ia antara lain untuk mengurangkan kesilapan pemfailan cara pemulaan prosiding pihak pemula dalam tindakan sivil di mahkamah.

Beliau menjelaskan, kesilapan tersebut adalah satu kesilapan ‘fatal’ dan boleh menyebabkan sesuatu kes itu dibuang oleh mahkamah.

“Ia sekali gus mengakibatkan kerugian kepada pihak-pihak dalam tindakan tersebut memandangkan ia melibatkan kos dan masa pihak-pihak tersebut termasuklah mahkamah,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain