Bacaan kali pertama rang undang-undang itu dilakukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

“Bacaan kali kedua dan ketiga rang undang-undang tersebut akan dijalankan pada sidang kali ini juga,” katanya.

Pindaan yang dicadangkan itu untuk memberi mahkamah kuasa menjatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 15 kali sebatan bagi sabitan kesalahan pengedaran dadah. - UTUSAN ONLINE