Rang undang-undang bagi meminda Akta Bantuan Guaman 1971 itu dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said untuk bacaan kali pertama.

Pindaan Akta 26 itu mengandungi 12 fasal itu dicadangkan memperuntukkan kanak-kanak yang menjadi mangsa kesalahan seksual dan masih kanak-kanak pada masa prosiding dimulakan di mahkamah boleh memohon untuk mendapatkan khidmat pendamping guaman.

Peruntukan bagi maksud khidmat pendamping guaman yang antara lain untuk menasihati penjaga atau pelindung orang yang dibantu yang dibenarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis turut dicadangkan dalam pindaan akta itu. - UTUSAN ONLINE