MOHAMED AZMIN ALI

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kaedah itu dapat menampung sebahagian komitmen Felda kepada 112,635 pene­roka.

Selain itu katanya, ketika ini, Felda sedang menghadapi masalah kedudukan aliran tunai yang amat kritikal berikutan pinjaman dengan beberapa ins­titusi kewangan berbaki seba­nyak RM8 bilion sehingga Jun lalu.

“Harga minyak sawit mentah (CPO) yang rendah juga merupakan antara faktor memberi kesan kepada kedudukan ali­ran tunai Felda yang semakin berkurangan.

“Maka pelan pemulihan kedudukan aliran tunai Felda merupakan pelan jangka panjang yang sedang diberikan tumpuan dan perkara itu telah dimulakan dengan me­ngadakan perjumpaan ber­sama beberapa institusi kewangan untuk menstrukturkan semula pinjaman Felda.

“Dengan kaedah itu, Felda dijangka dapat me­ngurangkan 15 peratus baki pinjaman kepada RM6.8 bilion pada akhir tahun ini,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat hari ini.

HASSAN ABDUL KARIM
HASSAN ABDUL KARIM 

Beliau menjawab soalan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) mengenai kesahihan dakwaan ali­ran tunai Felda hampir kosong.

Jelas Mohamed Azmin, de­ngan kaedah-kaedah yang dilaksanakan, Felda dijangka dapat memulihkan kedudukan aliran tunai dalam tempoh dua tahun akan datang.