IKMAL HISHAM ABD. AZIZ
IKMAL HISHAM ABD. AZIZ

Datuk Seri Ikmal Hisham Abd. Aziz (BN-Tanah Merah) yang mencadangkannya berkata, hukuman sedia ada terhadap kesalahan membabitkan judi haram seolah-olah tidak menggerunkan mereka yang terlibat dalam aktiviti berkenaan.

“Saya menyeru Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya mengemukakan cadangan agar bentuk hukuman yang lebih tegas dikenakan terhadap tauke judi haram.

“Penggubalan undang-undang dicadangkan agar tauke judi dikenakan hukuman sama seperti yang diambil terhadap pengedar dadah di mana akaun disita dan segala harta benda hasil daripada tindakan tersebut dirampas,” katanya.

Beliai berkata demikian ketika membahaskan Bajet 2018 peringkat jawatankuasa bagi KDN dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Ikmal Hisham turut menyarankan KDN supaya melancarkan satu gerakan khas bagi membanteras penyalahgunaan dadah terutama pil kuda di Kelantan dan Terengganu.

“Sebagai anak Kelantan, saya risau dengan gejala pil kuda yang berleluasa kerana kegiatan tersebut semakin meningkat.

“Pembanterasan pil kuda me­lalui satu gerakan khas perlu dilakukan untuk memastikan ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat,” katanya.

Selain itu, Ikmal Hisham ber­kata, masalah dadah yang semakin berleluasa juga mengundang persoalan rakyat sama ada negara ini telah bertukar menjadi markas pengedaran dadah.

Sementara itu, Ikmal Hisham juga mencadangkan KDN mengkaji semula gaji, elaun dan imbuhan anggota polis bagi menghargai pengorbanan mereka yang bertugas menjaga keselamatan negara.

“Ia juga dapat mengelakkan anggota polis terlibat dalam ke­giatan rasuah kerana penjenayah bersedia untuk mengeluarkan modal asalkan kegiatan haram mereka tidak diganggu,” ujarnya.