Pengerusi PAC, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, pada prosiding tersebut, bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang akan dipanggil sebagai saksi pertama untuk memberi keterangan.

Kata beliau, PAC juga telah mendapatkan pandangan Peguam Negara bagi mengadakan prosiding tersebut dan ia tidak akan menganggu kes pendakwaan 1MDB yang berlangsung di mahkamah.

“PAC bersetuju sebulat suara untuk mengadakan prosiding Laporan Pengauditan 1MDB oleh Jabatan Audit Negara yang dibentangkan kepada PAC pada Mac 2016.

“Dalam prosiding ini, PAC akan menyiasat sama ada wujud sebarang kekangan dan halangan dihadapi Jabatan Audit Negara ketika melaksanakan pengauditan terhadap syarikat 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan di Parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut, Ronald berkata, pada prosiding berkenaan, PAC juga akan menyiasat sekiranya terdapat sebarang ubah suai terhadap fakta dan maklumat dalam Laporan Pengauditan 1MDB sebelum dibentangkan kepada jawatankuasa berkenaan. – UTUSAN ONLINE