Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Prosedur tahanan 28 hari Sosma dilanjut lima tahun lagi

NUR JAZLAN MOHAMED
NUR JAZLAN MOHAMED

KUALA LUMPUR 4 April - Tempoh tahanan maksimum selama 28 hari di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) akan terus dikuatkuasakan bagi tempoh lima tahun lagi mulai dari 31 Julai 2017.

Keputusan itu diperolehi selepas undi belah bagian di Dewan Rakyat yang menyaksikan 93 menyokong prosedur itu dilanjutkan manakala 77 tidak menyokong.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan keputusan itu pada pukul 11 malam ini selepas sesi perbahasan yang hangat dalam kalangan wakil kerajaan dan pembangkang.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed ketika penggulungan perbahasan usul subseksyen 4(5) itu menjelaskan kerajaan telah berlaku adil dengan membawa usul untuk melanjutkan tempoh itu kepada lima tahun ke Parlimen untuk dibahaskan.

Beliau berkata, langkah itu juga dilihat lebih baik dengan Ahli-Ahli Parlimen boleh berbahas dan menilai sama ada Sosma telah digunakan secara betul atau salah, berjaya jaga keselamatan negara atau tidak.

Jelas Nur Jazlan, yang penting ialah prosedur digunakan oleh pihak polis ditetapkan di bawah Sosma.

"Berdasarkan statistik dari 2012 hingga 2017, jumlah tangkapan di bawah Sosma ialah sebanyak 989 orang. Daripada jumlah itu 363 orang dibebaskan, jadi tidak betul dakwaan akta itu tidak adil.

"Selain itu 139 telah dibicarakan dan 502 telah dijatuhkan hukum, bermakna 50 peratus dihukum. Adakah ini satu kegagalan polis? Tidak, berdasarkan cabaran yang dihadapi hari ini," katanya di Dewan Rakyat.

Mengulas lanjut, Nur Jazlan menjelaskan, tempoh tahanan 28 hari ialah maksimum dan tidak bermakna individu akan ditahan sepanjang tempoh itu.

"Sebagai contoh, Maria Chin Abdullah (Pengerui Bersih) ditahan hanya 10 hari sahaja. Selain itu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) juga datang melawat tahanan selepas tiga hari untuk memeriksa keadaan mereka," jelas beliau. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain