Beliau berkata, itu merupakan cara terbaik untuk mengatasi masalah Dewan Rakyat yang tidak cukup korum sewaktu bersidang.

Malah, beliau turut mencadangkan supaya nama-nama ahli Parlimen yang malas hadir disiarkan dalam akhbar atau media sosial.

“Cara terbaik mengatasi masalah Dewan Rakyat yang tidak cukup korum ialah potong elaun bulanan ahli mengikut kadar arahan Jawatan Kuasa Pemilih Dewan Rakyat.

“Kedua, siarkan nama-nama anggota yang malas hadir dalam akhbar atau media sosial,” katanya dalam Twitter. hari ini.

Beliau mengulas sidang Dewan Rakyat yang sepatutnya disambung semula selepas waktu rehat pukul 2.30 petang tadi terpaksa ditangguhkan sebentar kerana tidak cukup korum. - UTUSAN ONLINE