Bekas Pengerusi PTPTN, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, dua perkara itu merupakan antara punca yang sepatutnya Kementerian Pendidikan tidak boleh selindung atau nafikan.

Malah beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO dan Ahli Parlimen Lenggong menjangkakan PTPTN tidak akan mencapai kutipan pada angka RM4 bilion pada tahun ini kerana polisi baharu tersebut.

“Barangkali hanya sekitar RM2.7 bilion kutipan dapat dibuat pada tahun ini. Kutipan itu merosot berbanding RM3.4 bi­lion pada 2016 dan RM3.985 bilion pada 2017. Maka usaha-usaha lebih agresif ter­masuk promosi dan tingkatkan kesedaran mesti dilipat ganda dan tidak wajarlah asyik menyalahkan kerajaan terdahulu sahaja.

“Kemudian buatkan keputusan segera polisi yang kerajaan Pakatan Harapan (PH) cadangkan iaitu memulakan bayaran PTPTN pada tangga gaji RM4,000 sama ada ia akan dilaksanakan atau tidak. Ini penting agar ia tidak mempengaruhi peminjam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam sidang De­wan Rakyat hari ini, Timbalan Menteri Pen­didikan, Teo Nie Ching mengakui tin­dakan kerajaan PH mengeluarkan 429,945 peminjam PTPTN daripada senarai hitam menyebabkan jumlah bayaran balik pinjaman menurun.