SITI ZAILAH MOHD. YUSOFF
SITI ZAILAH

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd. Yusoff mahu pendapatan wang disatukan untuk membayar gaji kakitangan datang daripada sumber halal.

"Kita tahu bahawa negara memperoleh pendapatan berbilion daripada lesen-lesen judi yang dikenakan kepada syarikat judi.

"Cuma kita mengharapkan supaya semua cukai-cukai (cukai dosa) ini diasingkan daripada hasil biasa untuk membayar gaji kakitangan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mencelah semasa penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 peringkat jawatankuasa Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat, hari ini.

Siti Zailah sebaliknya mencadangkan hasil cukai itu disalurkan bagi peruntukan dana pembangunan. - UTUSAN ONLINE